Tuesday, 11 October 2011

32 KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN PEMULIHAN KHAS

ASSALAMUALIAKUM
Antara senarai kemahiran yang perlu murid-murid kuasai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pemulihan khas.Semuanya terdapat  32 kemahiran.Juga disertakan juga beberapa contoh bagi setiap kemahiran.Semoga semuanya kita praktikkan bersama-sama.
  1. Huruf Kecil
  2. Huruf Besar
  3. Huruf Vokal
  4. Sukukata KV (Contoh : ma, pe, li)
  5. Perkataan KV+KV (Contoh : meja, tali, topi)
  6. Sukukata V+KV (Contoh : api, ibu, ubi)
  7. Perkataan KV+KV+KV (Contoh : kereta, kelapa)
  8. Perkataan KVK (Contoh : jam, pen, kek)
  9. Sukukata KVK (Contoh : pah, tah, lis)
  10. Perkataan V+KVK (Contoh : ikan, awan, emas)
  11. Perkataan KV+KVK (Contoh : lalat, gajah, kipas)
  12. Perkataan KVK+KV (Contoh : lembu, jambu)
  13. Perkataan KVK+KVK (Contoh : cantik, bantal)
  14. Perkataan KV+KV+KVK (Contoh : teratak, sekolah)
  15. Perkataan KVK+KV+KVK (Contoh : Sembilan)
  16. Perkataan KVKK (Contoh : wang)
  17. Sukukata KVKK (Contoh : bang, yang)
  18. Perkataan KV+KVKK (Contoh : pisang, bawang)
  19. Perkataan V+KVKK (Contoh : udang)
  20. Perkataan KVK+KVKK (Contoh : kambing)
  21. Perkataan KVKK+KV (Contoh : tangga)
  22. Perkataan KVK+KVK (Contoh : kertas, dakwat)
  23. Perkataan KVKK+KVKK (Contoh : longkang, pinggang)
  24. Perkataan KV+KV+KVKK (Contoh : teropong)
  25. Perkataan KV+KVK+KVKK (Contoh : belimbing, terompah)
  26. Perkataan KVK+KV+KVKK (Contoh : tempurung)
  27. Perkataan KVKK+KV+KVK (Contoh : tengkorak)
  28. Perkataan KV+KVKK+KVK (Contoh : perangkap)
  29. Perkataan diftong & vokal berganding (Contoh : pandai,pulau, taat)
  30. Perkataan huruf konsonan bergabung (digraf) (Contoh : nganga,nyanyi)
  31. Membaca dan membina ayat mudah
  32. Bacaan dan pemahaman

No comments:

Post a Comment

 

blogger templates | Make Money Online